Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TINGKATAN 1 2018

SMA BUKIT IBAM – Pada 1 hb Januari 2018, sesi pendaftaran asrama untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 9.00 pagi di hadapan asrama lelaki. Sebanyak 2 buah kaunter dibuka bagi melancarkan urusan pendaftaran dan seramai 65 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri pada hari itu. Kaunter pendaftaran telah ditutup pada jam 2.00 petang. Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Semoga permulaan ini membawa kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan anda semua.

Tag: asrama Daftar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini