Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPT1 2021

DATARAN SITI KHATIJAH SMA BUKIT IBAM , 6 MEI  2021– Seramai 15 pelajar diraikan dengan SOP dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Ujian Penilaian Tahap 1 (UPT 1) yang di Dataran Siti Khatijah. Pengetua sekolah, Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof ketika hadir menyampaikan Anugerah di Majlis tersebut berkata pencapaian yang diperolehi oleh para pelajar yang berkenaan mestilah dijadikan sebagai contoh kepada pelajar lain. Mereka yang diraikan mendapat jambangan coklat dan peralatan menulis setiap seorang.Semoga dengan penyampaian hadiah tersebut dapat membina satu motivasi dan semangat yg tinggi untuk bersaing dalam pelajaran di kalangan para pelajar. 

Tag: Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini