Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPERIKSAAN : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis Sambutan Maulidurrasul telah berlangsung dengan lancarnya di Dewan an-Najah. Bermula jam 8.30 pagi, pelajar telah memenuhi dewan dan mengambil tempat duduk masing-masing semetara menanti program bermula. Program yang diadakan ialah ceramah yang di sampaikan oleh al-fadhil Ustaz Mohamad Hasbullah bin Ismail. Objektif program ini ialah untuk mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam. Selain itu, ia adalah untuk mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda. Pelajar juga dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw serta dapat  menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan pelajar-pelajar. di samping itu, untuk mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan.

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini