Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

Isnin, 3 Januari 2017, hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2017. Seawal pagi semua pelajar dan guru-guru telah memenuhi perkarangan Dataran Siti Khatijah di SMA Bukit Ibam. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat ditambah dengan pakaian sekolah yang baharu begitu juga dengan guru-guru. Sesi persekolahan pertama dimulakan dengan perhimpunan pagi dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah Agama negeri Pahang. Selepas nyanyian lagu, guru bertugas memberikan ucapan dan kata-kata aluan dan seterusnya ucapan dari Tuan Pengetua. Perhimpunan berakhir pada jam 8.10 pagi dan  sesi pengajaran dan pembelajaran bermula selepas habis perhimpunan.  Semoga sesi persekolahan pada tahun ini, membawa sinar harapan yang cemerlang untuk SMA Bukit Ibam. 

Tag: pertama

0 komen

Sila berikan komen anda di sini