Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PENDAFTARAN PELAJAR TING 2-5

SMA BUKIT IBAM - Pada 31 Disember 2019  (Selasa) satu sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5 telah diadakan di dewan an-Najah. Kaunter pendaftaran dan bayaran dibuka seawal jam 8.30 pagi dan berakhir  pada jam 12.30 petang. Setelah selesai pendaftaran pelajar-pelajar dibenarkan ke asrama untuk masuk ke bilik yang telah ditetapkan. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2020`. Bersiap sedialah untuk belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun yang baru ini. P&P akan bermula pada hari pertama persekolahan dan semua pelajar dikehendaki membawa buku teks dan buku latihan mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Semoga dengan bermulanya sesi persekolahan yang baru ini, akan memberikan semangat yang kuat dalam menimba ilmu pengetahuan.

Tag: Daftar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini