Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

CERAMAH SEMPENA NUZUL QURAN

SMA BUKIT IBAM, MUADZAM SHAH, 01 Jun 2018, Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah. Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Itu lah di antara ceramah ringkas yang di sampaikan oleh Ustaz Zakari Ansori di Dataran Siti Khatijah bersempena Nuzul Quran baru-baru ini. Semoga apa yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria dapat input  yang bermanfaat kepada semua.

Tag: CERAMAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini