Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

TAKLIMAT MATAPELAJARAN & PENGGREDAN SMA 2021

DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 27 APRIL  2021 – Peningkatan kejayaan dalam peperiksaan bersijil memerlukan penerangan jitu, oleh itu Unit Kurikulum sekolah telah mengadakan satu taklimat penggredan bagi mata pelajaran SMA tahun ini kepada 82 orang calon SMA .Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Kurikulum, Ustazah Norhaliza Binti Hashim. Turut hadir bersama ialah Setiausaha SMA sekolah, Ustazah Siti Norhafiza binti Afandi dan barisan guru yang mengajar subjek SMA tahun ini . 

Melalui taklimat tersebut pelajar diterangkan secara terperinci mengenai perkara yang wajib di utamakan  seperti pangkat dalam SMA , subjek wajib lulus malahan cara pengiraan setiap gred juga ditunjukkan hal ini bagi melayakkan para pelajar memperoleh gred yang terbaik  dengan itu sedikit sebanyak akan terus meningkatkan bacaan GPS tahun ini .

Tag: SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini