Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPERIKSAAN : BENGKEL PENULISAN JAWI

SMA Bukit Ibam  mengambil inisiatif dalam membantu menyubur dan membudayakan tulisan jawi dalam kalangan pelajar sekolah dengan melaksanakan Bengkel Jawi itu Mudah di di Dewan an-Najah, di sini, baru-baru ini. Penyelaras Programnya, Ustazah Noor Nain binti Mustafar berkata, program yang mendapat kerjasama pihak sekolah itu berjaya menarik minat semua pelajar tingkatan 2. Bengkel ini di kendalikan sepenuhnya oleh Munsyi Jawi DBP dari Kolej Universiti Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) Kuantan.Sekolah berhasrat untuk membentuk generasi celik tulisan jawi dan langkah berkenaan  perlu dilaksanakan di peringkat awal lagi iaitu di peringkat sekolah menengah. Malah, diharapkan agar usaha ini akan dapat memupuk minat pelajar untuk menguasai tulisan jawi, dan seterusnya dapat memastikan tulisan ini tidak pupus ditelan zaman. Bengkel berkenaan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menguasai kaedah moden tulisan jawi dan teknik penguasaan tulisan berkenaan.

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini