Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

444 PELAJAR SMA BUKIT IBAM MENERIMA SUMBANGAN DISALURKAN MUIP

SMA BUKIT IBAM: Seramai 444 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Bukit Ibam, di sini, menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adar Resam Melayu Pahang (Muip) Cawangan Muadzam Shah.

Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Muadzam Shah, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, ia merupakan sumbangan pendidikan kepada pelajar sekolah menengah agama (SMA) yang biasa dilakukan setiap tahun.

“Sumbangan pendidikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah zakat  pendidikan dan yang kedua, zakat fakir miskin.

“Tujuan sumbangan pendidikan ini adalah bagi membantu meringankan beban penjaga dalam membeli peralatan sekolah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Hafis berkata, pelajar yang menerima wang zakat perlu  membelanjakannya di jalan yangbaik dan sudah tentu ke jalan pelajaran.

Menurutnya, ia bagi memastikan wang itu  dibelanjakan di jalan yang berkat dan diredai ALLAH.

“Semoga wang zakat yang diagihkan ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sebaik mungkin,” katanya.

Tag: zakat bantuan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini