Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

Program World #Quran Hour

Program World #Quran Hour dijadualkan pada 13 April 2023 jam 12 hingga 1 PM serentak di seluruh Malaysia. JAIP menyertai program ini secara online melalui FB JAIP berpusat di Dewan Seminar JAIP dan disertai seluruh PAID dan SMAN Pahang melalui aplikasi Webex. Program ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi sebelum Bacaan Quran Hour secara serentak di semua lokasi masing-masing dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Tag: #QuranHour

Papar Artikel

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR SMABI 2023/2024

Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar SMABI telah berlangsung pada 10 April 2023 bertempat di Dewan Al-Falah dengan bertemakan "Kepimpinan Berwibawa Pemangkin Generasi Cemerlang". Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua pelajar yang terpilih menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, kepimpinan asrama dan kelas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Mohamad Faiz Bin Ismail. Diharapkan barisan kepimpinan pelajar...

Tag: watikah

Papar Artikel

LATIHAN KAWAD KAKI PKBM SMABI

Pada 5 April 2023, ahli-ahli PKBM SMABI berkumpul di sekolah dan kehadiran diambil. Sedikit taklimat dan kata-kata perangsang dari GPK Kokurikulum Pn. Norhana Binti Mohamed Sah disampaikan kepada ahli-ahli PKBM menaikkan semangat dan keyakinan mereka. Dua orang guru pengiring, En. Mohd Razly Bin Abd Razaman dan En. Fuad Hanif Bin Ahmad Hamidi turut hadir bersama. Latihan kawad kaki berlangsung selama satu jam dari pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Tag: PKBM

Papar Artikel

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK DI ASRAMA

Pada hari Ahad, 9 April 2023 Unit HEM dan Kerohanian SMABI telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak di Asrama yang melibatkan pelajar asrama dan ibu bapa mereka. Ibu bapa yang hadir membawa bersama juadah berbuka dan kelengkapan yang bersesuaian untuk berbuka bersama anak-anak di persekitaran sekolah dan solat maghrib berjemaah.

Tag: Iftar