Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ASRAMA

SURAU AL-MUTTAQIN & AL-GHAZALI SMA BUKIT IBAM , 6 MEI  2021–Majlis Iftar seperti lazimnya diadakan pada setiap tahun bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan bersama pelajar-pelajar asrama. Sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak asrama mengadakan tadarrus Al-Quran dan solat Sunat Tarawih bagi pelajar-pelajar asrama. Majlis bertempat di Surau al-Muttaqin & al-Ghazali dan bermula jam 6:00 petang. Turut hadir bersama adalah warden-warden asrama. Seramai 20 orang pelajar lelaki dan perempuan yang menyertai majlis tersebut. Adapun tujuan Majlis diadakan ialah untuk menghayati Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pada bulan Ramadhan, memupuk silaturrahim bersama warga asrama, menanamkan rasa cinta terhadap Al-Quran dan melatih pelajar melakukan solat-solat sunat seperti solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah-Surah Lazim; bertahlil; berbuka puasa; solat Fardhu Maghrib berjemaah; solat Fardhu Isya’ berjemaah dan solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir.

Tag: quran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini