Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS PENYERAHAN WATIQAH PENGAWAS 2018

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah telah diadakan pada 12 Februari 2018 bertempat di Dataran Siti Khatijah SMA Bukit IBam. Seramai 39 orang pelajar yang telah mengikuti Kursus Kepiminan Pengawas Sekolah pada 26 – 28 Januari yang lalu telah menerima watikah yang dirasmikankan oleh DSP Tuan Azli bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Rompin. Dalam majlis yang sama juga, Sheikh Ideris bin Ismail telah diumumkan sebagai Ketua Pengawas sekolah manakala Nuril Amira Syafiqa binti Amir Hamzah pula selaku Penolong Ketua Pengawas Sekolah.

Tag: watiqah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini