Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

KEM "STRIVE FOR EXCELLENT" SPM

MUADZAM SHAH – SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Program Seminar Kecemerlangan Peringkat SPM pada 21 September 2018 hingga 23 September 2018 di Al-Sakinah Resort, Janda Baik, Program ini melibatkan semua pelajar SPM. Program ini adalah satu program berbentuk bengkel yang dianjurkan untuk membantu pelajar dalam teknik-teknik menjawab soalan dengan betul dan berkualiti. Pelajar yang menyertai program ini telah dapat mengikuti bengkel teknik menjawab melibatkan perbincangan dalam kumpulan  untuk semua matapelajaran SPM. Guru-guru dari luar dijemput untuk memberikan tips mengulangkaji pelajaran.Semoga SMA Bukit Ibam terus cemerlang dipersada pendidikan Malaysia.

Tag: spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini