Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MOTIVASI 1: PROGRAM FORMULA JUARA A+

Satu ceramah motivasi telah diadakan di surau al Muttaqin SMA Bukit Ibam untuk pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5.Rasional diadakan ceramah motivasi ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti faktor yang mampu mendorong ke arah peningkatan prestasi dan kecemerlangan akademik serta mampu membentuk ketrampilan pelajar. Walaubagaimanapun kecemerlangan akademik tidak menjamin kecemerlangan sahsiah pelajar. Oleh itu, program motivasi ini dilaksanakan seiring dengan program pembentukan sahsiah pelajar agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta mampu berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi.
 
Objektif dan matlamat program ini ialah merangsang motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah. Juga membentuk pelajar yang beretika dan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti

Tag: motivasi belajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini