SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2018
MUADZAM SHAH - Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, di sini, berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti termasuk berarak dengan membawa Jalur Gemilang.Program disertai seluruh warga sekolah, termasuk 400 pelajar dan 35 guru itu diraikan setiap tahun bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara. Pengetua, Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof berkata, selain memeriahkan sambutan kemerdekaan negara, program tersebut bertujuan mengukuhkan perasaan cintakan negara dan memupuk daya juang dalam kalangan generasi muda. Katanya, kesenangan hari ini bukan diarih dengan mudah, sebaliknya menuntut pengorbanan yang besar generasi terdahulu, termasuk mengorbankan nyawa dan harta benda. Sambutan tersebut berakhir pada jam 1 petang. Sayangi Malaysiaku.
0 komen