Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPERIKSAAN : AKTIVITI REKA CIPTA

Kebelakangan ini, kempen kitar semula atau pengasingan sisa pepejal menjadi penekanan utama bagi memudahkan jentera pengurusan sisa pepejal melakukan kitar semua barangan dibuang. Setiap hari dianggarkan 37,000 tan metrik sampah dibuang oleh penduduk Malaysia dan tahun lalu RM1.2 bilion dibelanjakan bagi kerja pengutipan sampah.

Tanpa disedari, barangan terbuang mempunyai pelbagai manfaat jika diguna semula secara kreatif. Sebagai contoh, sisa makanan boleh dijadikan baja kompos dan botol minuman boleh dijadikan barangan hiasan. Idea kreatif segelintir masyarakat dalam mengitar semula barangan terbuang adalah satu tindakan bijak dalam menangani pencemaran alam sekitar.

Kitaran ini amat penting dalam mengurangkan pengeluaran sumber alam yang membawa kepada kemusnahan alam semula jadi. Ia juga dapat mengurangkan kadar bilangan botol plastik yang terbuang begitu saja yang sudah pasti akan mencemar alam persekitaran dan kehidupan kita.

Oleh itu SMA Bukit Ibam telah mengadakan Pertandingan Rekacipta secara berkumpulan di Dewan an-Najah dan setiap ahli kumpulan perlu membabitkan diri dalam aktiviti kitar semula. Mereka perlu menggunakan bahan-bahan terbuang yang boleh dijadikan sebagai barang kegunaan seharian dan sebagainya. Penggunaan bahan buangan dengan cara menghasilkan suatu yang berguna adalah lebih baik daripada terus membuangnya walaupun terdapat perbezaan daripada rupa dan fungsi asalnya. Tindakan ini secara tidak langsung dapat membantu pengurangan bahan buangan dan berlaku pembaziran penggunaan sumber alam semula jadi yang semakin terhad.

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini