Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

JEJAK MUMTAZ SMA 2018

05 September 2018 – Pada 31 Ogos -02 September 2018, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah telah menganjurkan Program Kecemerlangan Jejak Mumtaz Sijil Menengah Agama (SMA) bagi memantapkan dan melengkapkan persediaan pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah ini di Resort al Sakinah, Janda Baik, Bentong.

Dalam program selama tiga hari dua makam itu, pelajar-pelajar  dibimbing oleh guru-guru pakar mata pelajaran dalam teknik dan formula menjawab soalan SMA secara berkesan. Peserta program juga diberikan santapan jiwa melalui slot motivasi dan dinasihatkan menjaga dan memastikan fizikal, mental serta spiritual mereka dalam keadaan terbaik sebagai persediaan menghadapi peperiksaan besar. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang cemerlang dalam peperiksaan SMA 2018. 

Tag: SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini