Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PELAJAR SMA BUKIT IBAM MENERIMA SUMBANGAN DISALURKAN MUIP

SMA BUKIT IBAM -  22 Mac 2019, seramai 417 pelajar Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI), di sini, menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah.

Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Muadzam Shah, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, ia merupakan sumbangan pendidikan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) yang biasa dilakukan setiap tahun.

“Sumbangan pendidikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah zakat  pendidikan dan yang kedua, zakat fakir miskin.  “Tujuan sumbangan pendidikan ini adalah bagi membantu meringankan beban penjaga dalam membeli peralatan sekolah,” katanya sebentar tadi.

Mohd Hafis berkata, pelajar yang menerima wang zakat perlu  membelanjakannya di jalan yang baik dan sudah tentu ke jalan pelajaran. Menurutnya, ia bagi memastikan wang itu  dibelanjakan di jalan yang berkat dan diredai ALLAH.

“Semoga wang zakat yang diagihkan ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sebaik mungkin,” katanya.

 

Tag: zakat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini