Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS PERSARAAN CIKGU CHE HASNA

Pada 31 Januari 2018, telah diadakan Majlis Jasamu Di Kenang di Dewan al- Falah sempena persaraan Puan Hajjah Che Hasna bin Ismail, guru Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam. Turut hadir untuk meraikan persaraan beliau adalah Yang Di Pertua PIBG, Encik Mohd Nasib bin Ismail. Acara bermula pada jam 10.30 pagi dengan perarakan masuk  ke Dewan al-Falah dan diikuti dengan ucapan daripada wakil pelajar,  wakil guru dan pengetua. Puan Hajjah Che Hasna diraikan dalam majlis bertemakan Raja Sehari bersama dengan suami beliau. Beliau merupakan seorang guru yang rajin, bersemangat dan kreatif sepanjang perkhidmatannya selama 32 tahun. 

Tag: persaraan cikgu

0 komen

Sila berikan komen anda di sini