Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

SUNTIKAN HPV

SMA BUKIT IBAM – Pada 21 Mac 2019,  pihak Klinik Kesihatan Bukit Ibam telah datang ke sekolah bagi tujuan suntikan HPV kepada semua pelajar perempuan tingkatan 1 sesi 2019. Bermula jam 9.00 pagi suntikan telah diberikan kepada pelajar berkenaan mengikut giliran kelas. 

Suntikan yang diberikan adalah berkaitan dengan kanser serviks. Kanser serviks adalah kanser ketiga paling lazim di Malaysia. Lebih membimbangkan, ia adalah penyebab utama kematian kanser bagi wanita di seluruh dunia. Kebanyakan kes kanser serviks adalah disebabkan oleh human papillomavirus (HPV). Dengan adanya vaksin HPV, kes-kes kanser serviks yang disebabkan oleh HPV kini boleh dicegah. Selain itu, vaksin HPV memberikan perlindungan daripada kanser-kanser lain contohnya kanser dubur, vulva dan faraj serta ketuat genital. 

Tag: hpv

0 komen

Sila berikan komen anda di sini