Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

PEMANTAUAN 4K DI SMA BUKIT IBAM

Pada hari ini 5 Novemver 2024 SMA Bukit Ibam didatangi oleh pemantau-pemantau 4K. Pemantauan telah dibuat dari sebelah pagi lagi. Semoga SMA Bukit Ibam mendapat tempat dalam pertandingan  dan persaingan ini.

Tag: 4k

Papar Artikel

Program Akhir Tahun SMABI 2023/2024

Program Akhir Tahun SMABI telah dijalankan sepanjang dua minggu selepas tamatnya Ujian Akhir Sesi Akademik bagi tahun 2023. Program ini telah dirancang untuk mengisi masa pelajar sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2023/2024 dengan aktiviti dan ilmu yang bermanfaat. Antara aktiviti yang dirancang dan telah dijalankan adalah Program Ikhtiar Hidup, Pengenalan Kursus Haji, Kursus Catur, Kursus Asas tali, Ceramah Kesihatan, Ceramah AADK, Ceramah Keselamatan Kebakaran, Latihan Kawad Kaki, Kursus...

Tag: 2023

Papar Artikel

Majlis Pelancaran Program 4K SMABI 2023

Majlis Pelancaran Program 4K telah diadakan pada Hari Jumaat, 9 Jun 2023 di Dataran Siti Khadijah dan dirasmikan oleh GPK HEM, Ustaz Hasbullah Bin Ismail. Program 4K merupakan satu program yang merangkumi Keceriaan, Kebersihan, Keselamatan dan Kerohanian. Program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang lebih kondusif, bersih, ceria dan selamat disamping dapat menambahkan penghayatan agama dikalangan warga SMABI.  Gotong-royong 4K Fasa 1 dimulakan sesudah...

Tag: 4k

Papar Artikel

Majlis Sambutan Hari Guru dan Jamuan Raya Aidilfitri

Majlis Sambutan Hari Guru dan Jamuan Raya Aidilfitri peringkat SMA Bukit Ibam telah diadakan pada hari Jumaat, 19 Mei 2023. Majlis bermula dengan Sambutan Hari Guru di Dewan Al-Falah mulai 7.30 sehingga 9.00 pagi. Jamuan Raya Aidilfitri bermula setelah selesai acara dewan. Pada pukul 10.00 pagi, tetamu jemputan Jamuan Raya Aidilfitri mulai hadir ke kantin sekolah memeriahkan lagi suasana dan sesi fotografi bermula di Dewan Al-Falah.

Tag: hariguru raya