Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MOTIVASI KUIPSAS

SMA Bukit Ibam, Mudzam Shah telah mengundang KUIPSAS untuk menyampaikan Ceramah Motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Program yang bermula jam 8.30 pagi ini diadakan di Dewan Sekolah dan disertai seramai 180 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Program dimulakan dengan Ceramah Motivasi Islamiy yang disampaikan oleh En. Abi Suffian b. Abdul Aziz (Pensyarah Jabatan Perakaunan) diikuti dengan sesi kedua Motivasi Berbahasa Arab yang disampaikan oleh Dr. Taha Telal Abul Alim Hanafy (Pensyarah Jabatan Bahasa Arab). 

Tag: motivasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini