MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SMA 2025
03 Januari 2026
Dewan Al-Falah, SMA Bukit Ibam
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Slip Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) 2025 telah berlangsung dengan lancar dan tertib di Dewan Al-Falah pada 03 Januari 2026. Majlis ini dihadiri oleh pihak pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar calon SMA 2025.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh GPK Kurikulum dan Pentadbiran, Ustazah Norhaliza binti Hashim, yang merakamkan tahniah kepada para pelajar atas pencapaian yang diperoleh serta menghargai komitmen guru dan sokongan ibu bapa sepanjang tempoh persekolahan. Seterusnya, keputusan peperiksaan diumumkan sebelum slip keputusan diserahkan secara rasmi kepada para pelajar.
Diharapkan keputusan yang diperoleh dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk melangkah ke peringkat seterusnya serta mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

0 komen