Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MARATHON PT3

SMA BUKIT IBAM : Semua pelajar tingkatan 3 menyertai Seminar PT3  yang diadakan di Dewan an-Najah SMA Bukit Ibam.Mereka didedahkan dengan  teknik menjawab soalan PT3 secara berkesan daripada guru-guru SMA Bukit Ibam. Seminar yang telah diadakan itu,  dapat membuka minda pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dan mengetahui hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Sementara itu, pelajar yang ditemui memberi maklum balas positif dan berpuas hati kerana mendapat banyak panduan menjawab soalan sebagai tambah nilai selain pembelajaran dalam bilik darjah. 
Semoga semua calon PT3 berjaya dengan cemerlang.









Tag: pt3

0 komen

Sila berikan komen anda di sini