Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

KEMPEN JOM BACA 10 MINIT

SMA BUKIT IBAM , 22 APRIL  2021- Tepat jam 11.00 pagi, semua warga SMA Bukit Ibam menjayakan Kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang berlangsung secara serentak di seluruh negara hari ini. Kempen tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran dan menanamkan budaya serta minat membaca di kalangan seluruh masyarakat termasuklah warga SMA Bukit Ibam. Adalah diharapkan agar semua pihak dapat menjadikan membaca ini satu budaya yang bukan sekadar hanya membaca, tetapi mengamalkan apa yang dibaca bagi menambah ilmu pengetahuan. Budaya membaca ini bukan sahaja dapat membantu dalam kerjaya masing-masing, malah membantu mereka yang terlibat dalam kajian saintifik dan inovasi untuk melakukan sesuatu baru. Amalan dan budaya membaca adalah sebahagian daripada pembelajaran sepanjang hayat. Ia adalah satu aktiviti yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat. Membaca bukanlah sekadar mengasah fikiran, bahkan ia memberi santapan kepada rohani kita.

Tag: baca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini