Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

1ST CHAMPION 2019 ASIA PACIFIC ITF TAEKWAN-DO

SMA BUKIT IBAM - Pada 29 – 31 Mac 2019, pihak sekolah telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai pertandingan Taekwondo yang diadakan di MSU, Shah Alam, Selangor. Pertandingan peringkat antarabangsa ini telah disertai oleh negara-negara Asia dan majlis perasmian pembukaan telah berlangsung dengan gilang-gemilang. Pencapaian terbaik pelajar SMA Bukit Ibam adalah dari pelajar yang bernama Hannan Bahirah binti Abdul Hamid yang mendapat satu pingat Perak. Manakala Mohd Farhan bin Mohd Azman mendapat pingat Gangsa dan Mohd Zarith Iskandar serta Nurul Shami, masing-masing mendapat sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

Tag: asia

0 komen

Sila berikan komen anda di sini