Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER 2018

Pada hari Selasa bersamaan 23 Januari 2018, Unit Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam  telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2018 kepada Guru Pusat Sumber  dan Pengawas  Pusat Sumber seramai 38 orang. Kursus ini bermula tepat jam 3 petang dan berakhir pada jam  5 petang . Pihak sekolah telah menjemput Cik Norhidayah binti Salleh selaku Ketua Perpustakaan daerah Rompin dan Cik Diana dari Perpustakaan Desa Bukit Ibam untuk memberikan ceramah berkaitan Pengurusan Pusat Sumber. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya melabel buku dengan cara yang betul, menyusun buku mengikut label dengan kemas dan teratur. Beliau juga telah memberikan penerangan tentang peranan dan tugas serta tanggungjawab Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga segala ilmu dan maklumat yang diperolehi dapat menjadikan Pusat Sumber SMA Bukit Ibam  lebih tersusun dan cemerlang.

Tag: Pusat Sumber

0 komen

Sila berikan komen anda di sini