Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

DAURAH SAFIINATUN NAJAH : BAB PUASA 2019

SMA BUKIT IBAM – Sempena kehadiran bulan Ramadan Al-Karim, Bahagian Kerohanian SMA Bukit Ibam telah menjemput al-Fadhil Ustaz Salim bin Samir al-Hadrami  untuk menyampaikan perkongsian mengenai Ramadan di bawah tajuk, “Matan Safiinah an-Najah : Kitab Puasa”. Ustaz Salim merupakan tenaga Imam masjid, Keratong 5. Mengupas tajuk yang disediakan, Ustaz Salim menceritakan bahawa bila tiba Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka luas manakala pintu-pintu neraka ditutup rapat. Seterusnya, beliau menyentuh kelebihan Ramadan yang merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Qur’an seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185. Intipati ceramah yang telah disampaikan adalah berkaitan dengan ibadah puasa seperti syarat sah puasa, sayarat wajib puasa, rukun puasa, hukum dan hukum berbuka puasa dalam bulan ramadhan. Sebelum mengakhiri ceramah, Ustaz Salim menjawab beberapa soalan yang diajukan  oleh pelajar mengenai ibadah puasa dengan terperinci. Semoga dengan perkongsian terebut dapat memberi manfaat dan menambah ilmu pengetuahuan khususnya dalam bab puasa.

Tag: daurah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini