Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM SEMINAR KECEMERLANGAN FASA I PERINGKAT SPM, SMA & PT3

MUADZAM SHAH – SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Program Seminar Kecemerlangan Peringkat SPM, SMA dan PT3 pada 23 April 2018 hingga 24 April 2018 di bilik Seminar, Dewan al-Falah  dan Dewan an-Najah SMA Bukit Ibam. Program ini melibatkan semua pelajar SPM, SMA dan PT3. Program Seminar Kecemerlangan SPM, SMA dan PT3 adalah satu program berbentuk bengkel yang dianjurkan untuk membantu pelajar dalam teknik-teknik menjawab soalan dengan betul dan berkualiti. Pelajar yang menyertai program ini telah dapat mengikuti bengkel teknik menjawab melibatkan perbincangan dalam kumpulan besar untuk semua matapelajaran SPM, SMA dan PT3. Guru-guru juga memberikan tips mengulangkaji pelajaran dan sesi ceramah berbentuk motivasi. Semoga SMA Bukit Ibam terus cemerlang dipersada pendidikan Malaysia.

Tag: seminar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini