Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

PELANCARAN 4K

DATARAN SITI KHATIJAH SMA BUKIT IBAM , 26 APRIL  2021 - AJK 4K (Kebersihan/Keceriaan/Kerohanian & Keselamatan) telah mengadakan Majlis Pelancaran Program 4K. Majlis ini telah dilancarkan di tapak perhimpunan sekolah dan dirasmikan oleh Pengetua iaitu Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof. Untuk program 4K pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas, turut dipertandingkan mengikut kriteria-kriteria yang tertentu dan kelas yang berjaya akan diberi sijil dan piala mingguan. 

Tag: 4k

Papar Artikel

PROGRAM IHYA` RAMADHAN

DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 09 APRIL  2021 - Program Ihya` Ramadhan telah diadakan sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang mulia, penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Bulan ini disambut penuh meriah oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.
 
Bagi mereka yang mempunyai azam yang tinggi untuk merubah hidup, Ramadhan menjadi salah satu titik permulaan bagi mereka untuk membina diri...

Tag: ramadhan

Papar Artikel

PROGRAM SANITASI SEKOLAH SEMPENA SPM

SMA BUKIT IBAM , 20 FEBRUARI 2021- Pada jam 3.00 petang, Skuad SABIL & Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) telah datang ke sekolah untuk mengsanitasi kawasan sekolah sebelum peperiksaan SPM bermula.  Semoga dengan usaha murni ini dapat mengawal jangkitan Covid 19 dan semoga semua calon SPM 2020 berjaya dalam peperiksaan tersebut.

Tag: spm

Papar Artikel

LADAP SIRI 1 : KENALI DIRI MINDA SEJAHTERA

DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 08 APRIL  2021 - Pihak sekolah telah mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Dewan Al-Falah SMA Bukit Ibam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. LADAP yang bertajuk Kenali Diri Minda Sejahtera telah disampaikan oleh pegawai Kaunselor daerah Pekan iaitu Cik Bella. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut dijalankan. 
 
Menurut beliau Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Amat penting...

Tag: ladap