Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

KUIZ PENGGUNA DAERAH ROMPIN

SMA BUKIT IBAM – Pada 20 Mac 2019 pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) Cawangan Rompin untuk program Kuiz Pengguna peringkat Daerah Rompin, Seramai 16 orang pelajar telah menyertai kuiz ini yang berlansung selama satu jam. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) giat menyebarkan ilmu berkaitan kepenggunaan menerusi pelbagai saluran aktiviti kokurikulum dan pembelajaran luar kelas di setiap sekolah.Antaranya ialah Cabaran  Interaktif Pengguna (CIP) dan Kuiz.

Pegawai KPDNKK , Puan Wida berkata, selain aktiviti dilaksanakan Kelab Pengguna Sekolah (KPS), KPDNKK kerap menganjurkan program membabitkan pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan hak mereka sebagai pengguna.

Tag: pengguna

0 komen

Sila berikan komen anda di sini