Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM ZIARAH RIYADIYYAH

SMA Bukit IBam, 4 FEB 2017 – Warga KUIPSAS telah menganjurkan satu program bersama SMA Bukit Ibam iaitu Program Ziarah Riyadiyyah. Program ini berlansung dari pagi bermula jam 9 pagi hingga jam 12 tengahari yang melibatkan sukan bola sepak, ping pong, bola tampar dan bola jaring antara KUIPSAS dan SMA Bukit Ibam. Program yang berlangsung selama tiga jam ini telah memberi banyak pengalaman yang berharga kepada semua pemain SMA  Bukit Ibam sebelum bermulanya Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang (MASISUPA) pada hujung bulan ini . Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SMA Bukit Ibam dan KUIPSAS. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan pihak SMA Bukit Ibam amat berpuas hati terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Tag: kuipsas ziarah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini