Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS ANUGERAH HARI KECEMERLANGAN SESI 2017

MUADZAM SHAH – 19 April 2018, Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam berlangsung dengan penuh ceria di tambah lagi dengan  kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani dan diiringi oleh KPP Bahagian Pendidikan Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad.

Majlis itu diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang menerima anugerah mengikut kategori masing-masing apabila berjaya menunjukkan peningkatan dalam akademik dan kokurikulum sepanjang sesi persekolahan 2017.

Tokoh-tokoh pelajar dipilih panel pemilih berdasarkan kecemerlangan dan penyertaan tertinggi dalam pelbagai bidang di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Pengetua SMA Bukit Ibam, Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof berkata, beliau berpuas hati dan gembira atas kelancaran pelaksanaan majlis tersebut dan berharap kehadiran Datuk Mohamad Noor Abdul Rani sebagai Pengarah JAIP dapat menyuntik semangat para pelajar  untuk terus mengenggam kecemerlangan dan kegemilangan pada masa akan datang.

Pada majlis itu, adik Noradilah binti Mohd Yusof, dipilih sebagai Tokoh Pelajar 2017 kerana kejayaannya dalam bidang akademik apabila mendapat 8A dalam peperiksaan SPM  selain cemerlang dalam aktiviti Bahas Bahasa Arab dan sebagai Ketua Pelajar Perempuan SMA Bukit Ibam. Beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Kurikulum 2017.

Tag: anugerah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini