Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

QURAN HOUR

SMA BUKIT IBAM – Pada 6 Mei 2021 tepat jam 11.00 pagi hingga 11.20 pagi,  semua warga Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) membaca Surah al-Mulk beramai-ramai sempena World #QuranHour peringkat sekolah daerah Rompin hari ini. Program ini diadakan hampir saban tahun dan banyak impak positif program itu dapat dilihat kepada pelajar khususnya dalam menghayati al-Quran. Bacaan surah tersebut di adakan di pejabat sekolah dan diketuai oleh adik Mohamad Harith dari tingkatan 4. Sementara...

Tag: quran

Papar Artikel

ANUGERAH KECEMERLANGAN UPT1 2021

DATARAN SITI KHATIJAH SMA BUKIT IBAM , 6 MEI  2021– Seramai 15 pelajar diraikan dengan SOP dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi Ujian Penilaian Tahap 1 (UPT 1) yang di Dataran Siti Khatijah. Pengetua sekolah, Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof ketika hadir menyampaikan Anugerah di Majlis tersebut berkata pencapaian yang diperolehi oleh para pelajar yang berkenaan mestilah dijadikan sebagai contoh kepada pelajar lain. Mereka yang diraikan mendapat jambangan...

Tag: Peperiksaan

Papar Artikel

SAMBUTAN NUZUL AL- QURAN

ASRAMA PUTERA & ASRAMA PUTERI SMA BUKIT IBAM , 29 APRIL  2021 - Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul Quran. Pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara bagi mengenang kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, tahun ini semuanya berbeza, dengan keadaan negara 'dibadai' COVID-19, pastinya...

Tag: ibadat

Papar Artikel

TAKLIMAT MATAPELAJARAN & PENGGREDAN SMA 2021

DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 27 APRIL  2021 – Peningkatan kejayaan dalam peperiksaan bersijil memerlukan penerangan jitu, oleh itu Unit Kurikulum sekolah telah mengadakan satu taklimat penggredan bagi mata pelajaran SMA tahun ini kepada 82 orang calon SMA .Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Kurikulum, Ustazah Norhaliza Binti Hashim. Turut hadir bersama ialah Setiausaha SMA sekolah, Ustazah Siti Norhafiza binti Afandi dan barisan guru yang mengajar subjek SMA tahun ini...

Tag: SMA