Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

QURAN HOUR

SMA BUKIT IBAM – Pada 6 Mei 2021 tepat jam 11.00 pagi hingga 11.20 pagi,  semua warga Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) membaca Surah al-Mulk beramai-ramai sempena World #QuranHour peringkat sekolah daerah Rompin hari ini. Program ini diadakan hampir saban tahun dan banyak impak positif program itu dapat dilihat kepada pelajar khususnya dalam menghayati al-Quran. Bacaan surah tersebut di adakan di pejabat sekolah dan diketuai oleh adik Mohamad Harith dari tingkatan 4. Sementara pelajar-pelajar lain berada di kelas masing-masing dan bersama-sama membacakan surah tersebut." 

Tag: quran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini