Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MINGGU SILATURRAHIM

DEWAN AN-NAJAH SMA BUKIT IBAM , 05-08 APRIL 2021 - Program pembuka tirai 2021 diadakan khas untuk pelajar baru Tingkatan 1 bagi sesi 2021 untuk menerapkan nilai yang positif dan efektif dalam mencintai alam persekolahan baru serta bersemangat menempuhi alam persekolahan disamping mengetahui selok belok tentang proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1 yang dilaksanakan di sekolah ini. Oleh itu, para pelajar akan didedahkan dengan beberapa sesi penerangan dan aktiviti yang berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan serta dipelajari sepanjang tahun di sekolah ini.
 
Program ini adalah bertujuan untuk menanam semangat juang mencintai ilmu dalam memulakan alam persekolahan baru di tingkatan 1 bagi pelajar-pelajar baru disamping menyemarakkan lagi konsep kendiri dalam memulakan alam persekolahan baru bagi melahirkan modal insan yang unggul yang mampu menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan masyarakat suatu hari nanti.

Tag: silaturrahim

0 komen

Sila berikan komen anda di sini