Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM MOTIVASI CITA-CITA & CINTA, CITA-CITA & KERJAYA

MUADZAM SHAH, 14 April 2018 -- Program Motivasi Jelajah Pendidikan Anak Rompin yang bertajuk “Cita-cita & Cinta” dan “Cinta & Kerjaya” telah diadakan di Dewan al-Falah SMA Bukit Ibam untuk semua pelajar sekolah ini. Program ini adalah anjuran SMA Bukit Ibam, Kelab Anak Perantauan Rompin (Kelar) & WFA Consultant. Dua orang penceramah jemputan telah dijemput iaitu PU Rozi dan Da`i Adibah. Program motivasi ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Pengisian yang sangat baik telah diberikan kepada para pelajar dan juga telah diadakan sesi soal jawab di antara pelajar dan penceramah. Semoga program motivasi seperti ini dapat diadakan lagi agar para pelajar mendapat input dan maklumat yang terkini dan bermanfaat.

Tag: da`i p.u

0 komen

Sila berikan komen anda di sini