Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 & 5 2018

Warga SMA Bukit Ibam  mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2018. Jam 8.30 pagi telah bermula sesi pendaftaran sekolah dan asrama di Dewan an-Najah. Walaupun hujan turun dengan lebat  sepanjang sesi pendaftaran, ibubapa dan pelajar meneruskan pendaftaran dengan penuh kesabaran. Sesi pendaftaran berakhir pada jam 1 petang.

Kebanyakkan pelajar dilihat bersemangat untuk memulakan pembelajaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun baru ini. P&P akan bermula pada hari pertama persekolahan dan semua pelajar  hendaklah membawa buku teks dan buku latihan mengikut jadual kelas yang telah diberi oleh guru. Semoga  tahun ini membawa kejayaan yang cemerlang untuk semua warga SMA Bukit Ibam. Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.

Tag: sekolah Daftar warga

0 komen

Sila berikan komen anda di sini