RAPTAI ILMIAH MASISUPA PUSAT
SMA BUKIT IBAM – Pada 20 Mac 2019 satu Majlis Raptai Ilmiah telah dibuat di Dataran Siti Khatijah. Ini adalah bagi melihat persediaan terakhir para peserta yang akan menyertai acara ilmiah MASISUPA yang akan diadakan tidak lama lagi. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkanselamat maju jaya buat semua peserta dan semoga beroleh kejayaan bagi acara yang akan dipertandingkan.
KUIZ PENGGUNA DAERAH ROMPIN
SMA BUKIT IBAM – Pada 20 Mac 2019 pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) Cawangan Rompin untuk program Kuiz Pengguna peringkat Daerah Rompin, Seramai 16 orang pelajar telah menyertai kuiz ini yang berlansung selama satu jam.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) giat menyebarkan ilmu berkaitan kepenggunaan menerusi pelbagai saluran aktiviti kokurikulum dan pembelajaran...
‘IFTAR JAMAIE’
Iftar Jamaie 1 telah diadakan di Dewan Makan, SMA Bukit Ibam pada setiap hari Khamis ini. Semua pelajar asrama berpuasa bersama-sama pada hari khamis dalam bulan Rejab sebagai persediaan menghdapi bulan Ramadhan yang bakal tiba. Semoga amal ibadah diterima oleh Allah SWT,
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ROMPIN
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan bola jaring bawah 18 tahun kerana menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Rompin yang telah berlangsung selama 3 hari di SMK Tanjung Gemok, Rompin. Tidak lupa juga kepada pasukan bola jaring bawah 15 tahun kerana berjaya menyertai kejohanan tersebut. Teruskan perjuangan dan kecemerlangan di masa akan datang.

