AKTIVITI KOKO : KELAB BERUNIFORM
SMA BUKIT IBAM – Kegiatan kokurikulum sama ada melibatkan aktiviti sukan, kelab dan persatuan atau badan beruniform bukan suatu perkara yang asing lagi di setiap sekolah. Penglibatan aktif murid sekolah dalam aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pelengkap bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran murid di bilik darjah.
Hal ini seiring dengan Anjakan Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai serta menekankan kepada pembangunan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, SMA Bukit Ibam telah mengadakan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu sejak bermula sesi persekolahan 2019. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan dapat melahirkan pelajar berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, beretika dan berkerohanian.