Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

PELAJAR SMA BUKIT IBAM MENERIMA SUMBANGAN DISALURKAN MUIP

SMA BUKIT IBAM -  22 Mac 2019, seramai 417 pelajar Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI), di sini, menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah.

Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Muadzam Shah, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, ia merupakan sumbangan pendidikan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) yang biasa dilakukan setiap tahun.

“Sumbangan pendidikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama...

Tag: zakat

Papar Artikel

SUNTIKAN HPV

SMA BUKIT IBAM – Pada 21 Mac 2019,  pihak Klinik Kesihatan Bukit Ibam telah datang ke sekolah bagi tujuan suntikan HPV kepada semua pelajar perempuan tingkatan 1 sesi 2019. Bermula jam 9.00 pagi suntikan telah diberikan kepada pelajar berkenaan mengikut giliran kelas. 

Suntikan yang diberikan adalah berkaitan dengan kanser serviks. Kanser serviks adalah kanser ketiga paling lazim di Malaysia. Lebih membimbangkan, ia adalah penyebab utama kematian kanser bagi wanita di seluruh dunia....

Tag: hpv

Papar Artikel

RAPTAI ILMIAH MASISUPA PUSAT

SMA BUKIT IBAM – Pada 20 Mac 2019 satu Majlis Raptai Ilmiah telah dibuat di Dataran Siti Khatijah. Ini adalah bagi melihat persediaan terakhir para peserta yang akan menyertai acara ilmiah MASISUPA yang akan diadakan tidak lama lagi. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkanselamat maju jaya buat semua peserta dan semoga beroleh kejayaan bagi acara yang akan dipertandingkan.

Tag: pusat

Papar Artikel

KUIZ PENGGUNA DAERAH ROMPIN

SMA BUKIT IBAM – Pada 20 Mac 2019 pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) Cawangan Rompin untuk program Kuiz Pengguna peringkat Daerah Rompin, Seramai 16 orang pelajar telah menyertai kuiz ini yang berlansung selama satu jam. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) giat menyebarkan ilmu berkaitan kepenggunaan menerusi pelbagai saluran aktiviti kokurikulum dan pembelajaran...

Tag: pengguna