Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

1ST CHAMPION 2019 ASIA PACIFIC ITF TAEKWAN-DO

SMA BUKIT IBAM - Pada 29 – 31 Mac 2019, pihak sekolah telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai pertandingan Taekwondo yang diadakan di MSU, Shah Alam, Selangor. Pertandingan peringkat antarabangsa ini telah disertai oleh negara-negara Asia dan majlis perasmian pembukaan telah berlangsung dengan gilang-gemilang. Pencapaian terbaik pelajar SMA Bukit Ibam adalah dari pelajar yang bernama Hannan Bahirah binti Abdul Hamid yang mendapat satu pingat Perak. Manakala Mohd Farhan bin Mohd Azman...

Tag: asia

Papar Artikel

HARI PERSARAAN KPP PENDIDIKAN JAIP

SMA BUKIT IBAM – Pada 27 Mac 2019, wakil sekolah telah menghadirkan diri ke Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Ketua Penolong Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan SAS Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan  Abu Bakar dan SMA Bukit Ibam telah ditugaskan sebagai AJK Hadiah dan Cenderamata.  Seluruh warga SMA BUKIT IBAM mengucapkan SELAMAT BERSARA buat al-Fadhil Ustaz.
  


Tag: kpp

Papar Artikel

PELAJAR SMA BUKIT IBAM MENERIMA SUMBANGAN DISALURKAN MUIP

SMA BUKIT IBAM -  22 Mac 2019, seramai 417 pelajar Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI), di sini, menerima bantuan wang zakat yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah.

Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Muadzam Shah, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, ia merupakan sumbangan pendidikan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) yang biasa dilakukan setiap tahun.

“Sumbangan pendidikan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama...

Tag: zakat

Papar Artikel

SUNTIKAN HPV

SMA BUKIT IBAM – Pada 21 Mac 2019,  pihak Klinik Kesihatan Bukit Ibam telah datang ke sekolah bagi tujuan suntikan HPV kepada semua pelajar perempuan tingkatan 1 sesi 2019. Bermula jam 9.00 pagi suntikan telah diberikan kepada pelajar berkenaan mengikut giliran kelas. 

Suntikan yang diberikan adalah berkaitan dengan kanser serviks. Kanser serviks adalah kanser ketiga paling lazim di Malaysia. Lebih membimbangkan, ia adalah penyebab utama kematian kanser bagi wanita di seluruh dunia....

Tag: hpv