AMAN PALESTIN
SMA BUKIT IBAM – Pada 15 April 2019 SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Ceramah Aman Palestin.dan telah menjemput jurucakap kepada Aman Palestin Malaysia; Ustaz Helmi dari Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh guru-guru dan semua pelajar. Tujuan utama ceramah ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang nasib orang muslim di Palestin dan juga Syria. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada kita yang berada di bumi yang aman...
PROGRAM KONVENSYEN PELAJAR-PELAJAR ISLAM PAHANG
SMA BUKIT IBAM - Program Konvensyen Pelajar-pelajar Islam Pahang (KONPIP) 2019 telah diadakan di SMA Al-Khairiah dari Jumaat 12 April 2019 hingga Ahad 14 April 2019.10 orang pelajar SMAM dari setiap sekolah turut sama menghadiri program ini. Semoga program ini dapat memberikan input terbaik untuk pelajar SMAM khasnya untuk dikongsikan di SMAM bersama-sama pelajar lain. InsyaALLAH.
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KOR KADET POLIS
SMA BUKIT IBAM – Pertandingan Kawad Kaki dan Larian Lasak Karnival Kor Kadet Polis 2019 telah diadakan pada 15 April 2019 bertempat di Dataran Muadzam Shah, Pahang. Pertandingan ini bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pasukan SMA Bukit Ibam telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan larian lasak dan berada dalam 10 peserta terbaik. Tahniah kepada semua ahli yang menyertai pertandingan kawad tersebut dan terima kasih juga kepada juru latih yang membantu. Tak lupa juga kepada...
KURSUS KEPIMPINAN SIRI 1
SMA BUKIT IBAM – Pada 9 April 2019, Badan Disipiln sekolah di bawah Unit Hal Ehwal Murid SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah & Exco Asrama 2019 yang bertempat di SMA Bukit Ibam. Kursus tersebut berlangsung selama 1 hari disertai oleh semua pengawas sekolah serta Exco Asrama telah dilaksanakan oleh pihak Triple X Consultant. Sepanjang kursus ini, para Pengawas dan Exco Asrama didedahkan dengan ilmu kepimpinan dari slot ceramah yang diadakan....

