Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2019

Pada 13 Disember 2018, SMA BUKIT IBAM telah menerima kemasukan seramai 52 orang. Walaupun keadaan hujan, pendaftaran berjalan dengan lancar dan sistem pembayaran atas talian juga berjalan dengan baik. Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 ke SMA BUKIT IBAM. Warga SMA BUKIT IBAM mengalu-alukan kedatangan putera dan puteri yang telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga SMA BUKIT IBAM. Diharapkan agar semua pelajar baharu tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri...

Tag: tingkatan 1

Papar Artikel

MESYUARAT PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2019

Pada 12 Disember 2018, SMA BUKIT IBAM telah mengadakan satu mesyuarat bagi pendaftaran kemasukan seramai pelajar tingkatan 1 yang akan berlangsung pada 13 Disember 2018. Mesyuarat bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Diharapkan agar semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan juga diharapkan sistem atas talian dapat beroperasi dengan lancar.

Tag: tingkatan 1

Papar Artikel

ROMBONGAN KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH

Pada 4-5 Disember 2018, SMA Bukit Ibam telah mgadakan lawatan ke Melaka untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Seramai 56 orang pelajar dan 7 orang guru telah mengikuti lawatan ini selama 2 hari 1 malam. Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi ruang kepada semua pelajar tingkatan 5 berehat sekejap selepas menduduki peperiksaan SPM baru-baru ini. Di samping itu juga diharapkan  ia boleh memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan kepada
pelajar tentang sejarah di Melaka.

Tag: melaka

Papar Artikel

MAJLIS MAKAN MALAM GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH 2018

Pihak SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Majlis Makan Malam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah bagi menghargai merekan yang telah bertungkus lumus menjalankan kerja sepanjang tahun. Turut dijemput ialah semua ahli keluarga guru-guru dan kakitangan sekolah, AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) san keluarga serta penyumbang-penyumbang yang telah menyumbangkan hadiah bagi cabutan bertuah pada malam itu. Sepanjang program berlangsung, hadirin dihiburkan dengan persembahan dari guru dan...

Tag: makan