PASCA PEPERIKSAAN : BENGKEL PENULISAN JAWI
SMA Bukit Ibam mengambil inisiatif dalam membantu menyubur dan membudayakan tulisan jawi dalam kalangan pelajar sekolah dengan melaksanakan Bengkel Jawi itu Mudah di di Dewan an-Najah, di sini, baru-baru ini. Penyelaras Programnya, Ustazah Noor Nain binti Mustafar berkata, program yang mendapat kerjasama pihak sekolah itu berjaya menarik minat semua pelajar tingkatan 2. Bengkel ini di kendalikan sepenuhnya oleh Munsyi Jawi DBP dari Kolej Universiti Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)...
PASCA PEPERIKSAAN : CERAMAH KESELAMATAN BOMBA
SMA Bukit Ibam telah mengadakan Program Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran di Dewan An-Najah dan Dataran Siti Khatijah. Objektif program ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran atau kecemasan. Program ini dikendalikan oleh 6 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah. Pelajar diberi taklimat tentang kebakaran dan teknik penggunaan alat pemadam api untuk menyelamat apabila berlaku...
PASCA PEPERIKSAAN : PROGRAM UMRAH & HAJI
Alhamdulillah pada 13 November 2018 sekolah telah berjaya menganjurkan Kursus Umrah Dan Haji bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 3 SMA Bukit Ibam. Antara tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar tentang umrah dan haji Rasullullah s.a.w yg betul. Selain itu, ianya memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang amali dan ibadat haji dan umrah Rasulullah saw. Pihak sekolah telah telah menjemput Ustaz Abdul Rahman, Imam Masjid An-Nahdah juga...
PASCA PEPERIKSAAN : CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA
Ceramah Keselamatan Jalan Raya telah dijalankan di SMA Bukit Ibam kepada seramai 200 orang pelajar. Ceramah ini merangkumi tips-tips keselamatan jalan raya dan video-video bagaimana menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya terutamanya kepada penunggang motosikal, pemandu dan penumpang kenderaan. Ceramah ini telah disampaikan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muadzam Shah. Terima Kasih JPJ.