TEMUJI TINGKATAN 1 SESI 2020
SMA BUKIT IBAM - Hari Temuji Tingkatan 1 berlangsung saban tahun di semua SMAN Pahang. Alhamdulillah, sambutan kali ini di SMA Bukit Ibam baik dan berjalan dengan lancar. Seramai 69 orang pelajar telah menghadiri sesi ini dan di doakan agar keseluruhan mereka berjaya melepasi temuduga ini. Amin. Harapan dan doa dari keluarga yang mengiringi dipanjatkan kepada Allah swt kepada bakal-bakal pelajar yang juga generasi yang akan meneruskan perjuangan di SMA Bukit Ibam di masa hadapan.
PASCA PEPRIKSAAN : CERAMAH KESELAMATAN & KEBAKARAN
SMA BUKIT IBAM - Baru-baru ini pihak sekolah telah mengadakan Program Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran di Dewan An-Najah dan Asrama Lelaki. Objektif program ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran atau kecemasan. Program ini dikendalikan oleh 6 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah. Pelajar diberi taklimat tentang kebakaran dan teknik penggunaan alat pemadam api untuk menyelamat...
PASCA PEPRIKSAAN : CERAMAH MAULIDUR RASUL
SMA BUKIT IBAM - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Bukit Ibam tahun ini disambut penuh kesyukuran dengan pengisian program bagi melahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW di sini, hari ini.
Sambutan ini diadakan penuh ketakwaan dengan sambil berselawat untuk menyemarakkan ingatan kepada Rasulullah SAW. Program diteruskan dengan ceramah Maulid Rasul. Program tamat pada jam 12.30 tengahari.
1st ASIA PACIFIC ITF TAEKWONDO (SCHOOL) CHAMPIONSHIP 2019
SMA BUKIT IBAM - Pada 29 – 31 Mac 2019, pihak sekolah telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai pertandingan 1st Asia Pacific ITF Taekwondo (School) Championship 2019 yang diadakan di MSU, Shah Alam, Selangor. Pertandingan peringkat antarabangsa ini telah disertai oleh negara-negara Asia dan majlis perasmian pembukaan telah berlangsung dengan gilang-gemilang. Pencapaian terbaik pelajar SMA Bukit Ibam adalah dari pelajar yang bernama Hannan Bahirah binti Abdul Hamid yang mendapat satu...