SALAM NUZUL QURAN
SMA BUKIT IBAM - Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Ramadan yang padanya diturunkan alQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah:185]
Al-Quran diturunkan oleh Allah pada 17 Ramadan...
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MASISUPA KALI KE-36
SMA BUKIT IBAM - Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah MASISUPA di peringkat sekolah Tahun 2020. Majlis ini telah dilaksanakan dengan baik di Dataran Siti Khatijah. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Najib bin Jaafar selaku GPK Ko-Kurikulum sekolah.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MASISUPA KALI KE-36 ZON 1
SMA BUKIT IBAM - Majlis Perasmian Penutup MASISUPA KALI KE-36 PERINGKAT ZON 1 telah diadakan di Dewan al-Falah SMA Bukit Ibam. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JAIP, Tuan Zakaria bin Muhammad. Tahniah diucapkan kepada semua Pengetua, semua GPK, barisan guru, atlet putera dan puteri yang terlibat secara langsung serta kakitangan yang bertungkus lumus dalam memudahkan urusan MASISUPA kali ini. Syabas diucapkan dan berjumpa lagi di MASISUPA akan datang.

