LADAP SIRI 1 : KENALI DIRI MINDA SEJAHTERA
DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 08 APRIL 2021 - Pihak sekolah telah mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Dewan Al-Falah SMA Bukit Ibam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. LADAP yang bertajuk Kenali Diri Minda Sejahtera telah disampaikan oleh pegawai Kaunselor daerah Pekan iaitu Cik Bella. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut dijalankan.
Menurut beliau Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Amat penting...
KEMPEN JOM BACA 10 MINIT
SMA BUKIT IBAM , 22 APRIL 2021- Tepat jam 11.00 pagi, semua warga SMA Bukit Ibam menjayakan Kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang berlangsung secara serentak di seluruh negara hari ini. Kempen tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran dan menanamkan budaya serta minat membaca di kalangan seluruh masyarakat termasuklah warga SMA Bukit Ibam. Adalah diharapkan agar semua pihak dapat menjadikan membaca ini satu budaya yang bukan sekadar hanya membaca, tetapi mengamalkan apa yang dibaca...
MINGGU SILATURRAHIM
DEWAN AN-NAJAH SMA BUKIT IBAM , 05-08 APRIL 2021 - Program pembuka tirai 2021 diadakan khas untuk pelajar baru Tingkatan 1 bagi sesi 2021 untuk menerapkan nilai yang positif dan efektif dalam mencintai alam persekolahan baru serta bersemangat menempuhi alam persekolahan disamping mengetahui selok belok tentang proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1 yang dilaksanakan di sekolah ini. Oleh itu, para pelajar akan didedahkan dengan beberapa sesi penerangan dan aktiviti yang berkait rapat...
PELANCARAN 4K & BULAN KEMERDEKAAN
SMA BUKIT IBAM - AJK 4K (Kebersihan/Keceriaan/Kerohanian & Keselamatan) SMA Bukit Ibam telah mengadakan Majlis Pelancaran Program 4K. Majlis ini telah dilancarkan semasa perhimpunan mingguan dan dirasmikan oleh Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof, SMA Bukit Ibam. Untuk program 4K pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas, turut dipertandingkan mengikut kriteria-kriteria yang tertentu dan kelas yang berjaya akan diberi sijil dan piala mingguan. Selain Pelancaran 4K, Sambutan Hari...

