PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TING 1
SMA BUKIT IBAM - Pada tarikh 1 Januari 2020, semua pelajar tingkatan 1 sesi 2020 yang telah mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam telah berjaya didaftarkan ke asrama untuk tempoh pembelajaran bagi tahun 2020. Semua pelajar tingkatan 1 telah sampai ke perkarangan asrama seawal jam 8.30 pagi walaupun kaunter pendaftaran bilik di asrama di buka pada jam 9.00 pagi.Secara keseluruhannya, sesi pendaftaran asrama pelajar tingkatan 1 pada tahun ini berjalan dengan lancar dan memuaskan.
PENDAFTARAN PELAJAR TING 2-5
SMA BUKIT IBAM - Pada 31 Disember 2019 (Selasa) satu sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5 telah diadakan di dewan an-Najah. Kaunter pendaftaran dan bayaran dibuka seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 petang. Setelah selesai pendaftaran pelajar-pelajar dibenarkan ke asrama untuk masuk ke bilik yang telah ditetapkan. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2020`. Bersiap sedialah untuk belajar dan mencapai kejayaan yang...
PENDAFTARAN & TAKLIMAT PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2020
SMA BUKIT IBAM - Sekolah telah menerima kemasukan seramai 58 orang pelajar tingkatan 1 sesi 2020. Walaupun keadaan hujan, pendaftaran berjalan dengan lancar dan sistem pembayaran atas talian juga berjalan dengan baik. Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 ke SMA BUKIT IBAM. Warga SMA BUKIT IBAM mengalu-alukan kedatangan putera dan puteri yang telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga SMA BUKIT IBAM. Diharapkan agar semua pelajar baharu tingkatan 1 dapat...
KEPUTUSAN PT3 2019
SMA BUKIT IBAM - 3 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang telah diumumkan baru-baru ini. Pelajar tersebut ialah Mohamad Aiman bin Zaidi, Raqiqah dan Huda Afrina . Semoga keputusan ini menjadi titik permulaan untuk langkah kejayaan seterusnya. Bagi yang kurang berjaya teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akedemik.