MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MASISUPA KALI KE-36 ZON 1
SMA BUKIT IBAM - Majlis Perasmian Penutup MASISUPA KALI KE-36 PERINGKAT ZON 1 telah diadakan di Dewan al-Falah SMA Bukit Ibam. Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JAIP, Tuan Zakaria bin Muhammad. Tahniah diucapkan kepada semua Pengetua, semua GPK, barisan guru, atlet putera dan puteri yang terlibat secara langsung serta kakitangan yang bertungkus lumus dalam memudahkan urusan MASISUPA kali ini. Syabas diucapkan dan berjumpa lagi di MASISUPA akan datang.
LAWATAN KERJA KE MUADZAM
SMA BUKIT IBAM - Satu lawatan Kerja YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pelajaran & Kesihatan Negeri Pahang di Muadzam Shah hari ini. Lawatan Kerja turut disertai YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YB. Datin Shamsiah Arshad, ADUN Bukit Ibam, YB. Ir. Razali Kassim, ADUN Muadzam Shah, Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Pemimpin-pemimpin setempat, Pegawai...
PERTANDINGAN SUKAN PERINGKAT SEKOLAH
SMA BUKIT IBAM - Pertandingan Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah berlangsung bagi sesi pemilihan peserta ke MASISUPA Peringkat Zon 1 Tahun 2020. Para peserta telah mewakili rumah sukan masing-masing dan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara yang telah diadakan. Majulah sukan untuk SMABI.
MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2020
SMA BUKIT IBAM - Pada 15 Januari 2020, satu Mesyuarat Agung Rumah-rumah Sukan telah diadakan di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Rumah sukan yang terlibat adalah rumah Hijau, Kuning, Merah dan Biru. Mesyuarat Agung yang diadakan setiap tahun ini bertujuan melantik AJK pelajar dalam setiap rumah sukan. Jawatan-jawatan yang perlu diisi adalah seperti Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Wakil Tingkatan. Sukan tahunan SMA BUKIT IBAM akan diadakan pada akhir tahun.Diharapkan...